Thursday, 21 April 2016

PUDING KARAMEL TANPA TELUR





Bahan Karamel 

4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara


1.Masukkan semua bahan dalam periuk hingga menjadi gula hangus..(Jgn terlampau perang kehitaman.sbb nnti pahit gulanya)
2.Kemudian tuang dalam bekas,biarkan sejuk dan mengeras




Bahan Kastad 


10g serbuk agar-agar
3 1/2 cwn air
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard + 2 sudu besar air
1 sudu kecil esen vanilla

Cara


1. Bancuh tepung kastard dengan air,kacau sebati.( ketepikan ),letak dalam mangkuk dahulu.

2. Panaskan agar2 dahulu hingga cair,api sederhana.
3. Masukkan semua bahan yang lain dalam periuk masak dengan api perlahan hingga semua bahan larut.
4. Sentiasa di kacau supaya tak hangus.
6. Akhir sekali tuang bancuhan tepung kastard tadi,gaul hingga pekat.
7. Tuang dan tapis kedalam bekas yang berisi karamel tadi.
8. Biarkan sejuk 2 - 3jam.

Resepi Kek Span Pandan Yang Sedap






Bahan-bahan ( 1 biji kek )

- tepong super fine - 150 gram
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau

Cara-cara membuatnya..

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

3. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

4. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...

5. pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

RESEPI SOS STEAMBOAT/YONG TAUFOO






10 tangkai cili kering
gula melaka atau 2 sudu gula merah
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto - kalau suka

Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. jangan lama sangat ye nanti hangus dan hasil pun kurang sedap

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. tapis supaya hasil pun cantik..

3. panaskan air bersama gula melaka. tapis ye takut ada pasir2 halus...

4. kemudian cili yang telah dikisar tadi dan air gula serta belacan.setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.masukkan garam,perasa dan gula(jika gula melaka kurang manis).

Resepi Black pepper sauce





Sos Black Pepper Bonda KC
Sedap buat cicah kambing golek..hihi
Chicken chop pun sedap..serba guna... buat lebih sikit masuk botol simpan dlm peti ais.

Bahannya:

4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
kedua2nya dicincang halus.
2 sdb butter
Sebiji tomato - potong dadu
Semangkuk kecil cendawan butang - potong dadu
2 sdb tepung gandum
2 sdb kicap pekat
1 sdt minyak bijan- (optional nk bagi wangi sos kita)
Secawan air- ikut kesesuaian
Serbuk lada hitam - ikut suka nak letak banyak mana
Gula& garam secukup rasa
2 sdb serbuk pati ayam/1ketul kiub ayam
2 sdb sos cili
2sb sos tiram
2sb sos black pepper
2 sb cooking cream/susu cair -optional kalau suka
2 sdb tempung jagung - bancuh dgn sedikit air

Cara menyediakannya:
Tumis dlm butter di periuk kecil sehingga kuning skit.

Masukkkan tomato dipotong dadu dan cendawan butang dipotong dadu.

Asukkan 2 sudu besar tepung gandum...kacau dgn api kecil .jgn sampai bergentel.

Bila sedikit kekuningan masukkn air...masukkan kicap, gula, garam, serbuk lada hitam secukupnya, serbuk pati ayam, cili sos dan masak hingga mendidih...

Untuk pekatkan sos bancuh sedikit tepung jagung dlm air suam dan tuangkan dalam kuah black pepper ni. Ikut suka nak pekat macam mana. Lebih pekat sedap.

Biarkan mendidih dan pekat. Guna api sederhana masa masak.
Tutup api bila dah cukup pekat.

Kalau nak lebih rasa black pepper boleh masukkan 1 sdt lada hitam yang ditumbuk kasar.

RESEPI SOS CHEEZY





Bahan Sos Cheesy –

3-4  sudu makan butter
250ml  susu cair (boleh juga guna susu segar)
1  sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
6  keping chesse
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
pewarna kuning

CARA-CARANYA: 

Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.

RESEPI SOS THAI HOMEADE






BAHAN-BAHANNYA

3  ulas bawang putih dikopek kulit.
2  cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2  cawan gula pasir.
3/4  cawan air.
1/4  cawan cuka.
1/2  sudu besar (tbsp) garam.
1  sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk

Resepi Kuah Rojak Homemade





Sumber: Buku Resepi
.
Masuk balang kaca dan simpan dlm fridge..
.
Bahan:
.
1 botol kicap
1 botol sos cili
1 ketul gula merah/kabung
Setengah botol sos tiram
3 cawan gula
Garam
(rasa dlu sebelum letak garam)
Belacan
(yg melaka tu sebelah ja
Kacang tumbuk..sikit ja sini..nnt yg lebih utk tabur msa mkan..)
.
Cara:
.
Naikkan sekali semua atas api kecuali kacang tumbuk..
.
Kacau smpai mendidih..gula hancur dan gula kabung larut..
.
Pastu nk tutup api baru masukkn kacang..
.
Sejukkn dan ready to served..
Before served leh tabur kacang tanah tumbuk atas buah2..mmg marbeles.